CIRI-CIRI SKIM
1. | Apakah syarat-syarat skim pinjaman yang ditawarkan?
Amaun
pinjaman yang ditawarkan adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah bagi
tujuan membeli 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
Ciri-ciri khas Skim ini membolehkan para peserta membayar balik hanya
bayaran minimum secara ansuran melalui 60 bayaran bulanan. Tempoh
pembiayaan adalah 5 tahun.
|
||||||||||||||||||||||||||||
2. | Adakah penyelesaian awal pinjaman dibenarkan?
Penyelesaian awal pinjaman adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pra-bayaran oleh para peserta adalah dibenarkan.
|
||||||||||||||||||||||||||||
3. | Apakah yang akan berlaku sekiranya peserta program Skim ini tidak dapat menjelaskan bayaran bulanan?
Peserta
yang gagal menjelaskan sepenuhnya bayaran bulanan selama tiga bulan
berturut-turut akan terkeluar daripada program Scheme. Peserta akan
menerima unit-unit AS 1Malaysia yang bersamaan dengan jumlah bayaran
bulanan yang telah dibayar dan insentif bulanan yang layak diterima.
|
||||||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah yang akan terjadi sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh program Skim ini?
Peserta
yang meninggal dunia akan terkeluar daripada program Skim ini secara
automatik. Waris boleh menuntut unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan
jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar dan insentif bulanan yang
layak diterima. Penyertaan dalam program Skim ini tidak boleh dipindah
milik.
|
||||||||||||||||||||||||||||
5. | Apakah yang akan berlaku pada akhir tempoh pinjaman?
Peserta
akan menerima unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan jumlah bayaran
bulanan yang telah dibayar sepanjang tempoh pinjaman bersama insentif
terkumpul bulanan, sekiranya insentif tersebut tidak dikeluarkan dari
akaun peserta.. Para peserta boleh menambah pelaburan peribadi dalam AS
1Malaysia (sekiranya unit masih ada).
KRITERIA KELAYAKAN
CARA-CARA MEMOHON
|